Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah beri kepada kita untuk kita menikmatinya...Janganlah pula kita lalai menikmatinya..hingga kita terlupa padaNya.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila sms atau telefon ke 013 9209300



Ahad, 26 September 2010

Kek Pisang

Posted by ct.smile at 5:56 PTG
Kepada penggemar kek pisang, boleh la cuba untuk buat sendiri...senang jer untuk hasilkan kek pisang yang best ni...cuma perlu korbankan sedikit rasa malas...hehhee...



Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur (saiz A)
4 biji pisang (dilenyek)
1/2 cawan minyak jagung
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk esen vanila



Cara-cara:

Pukul telur bersama dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan pisang. Kacau adunan hingga sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan minyak.

Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas...dan... sedia untuk dibakar...suhu 170 c selama 1 jam.

Selamat mencuba!

0 comments on "Kek Pisang"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ria Gallery Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal