Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah beri kepada kita untuk kita menikmatinya...Janganlah pula kita lalai menikmatinya..hingga kita terlupa padaNya.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila sms atau telefon ke 013 9209300



Ahad, 10 Oktober 2010

Kek Marble

Posted by ct.smile at 6:22 PTG


Kek Marble ni gebusss gitu...sedap dimakan begitu saja......makan masa panas-panas, pekena dengan teh o..fuuhhh sedap! Resipi kek ni saya dapat dari rumah seorang teman..tapi lupa la dari umah sapa... kalau nak cuba resipi yang sedap ni boleh la rujuk resipi kat bawah ni...mintak izin yer tuan rumah yang berkenaan..


Bahan-bahan:

120 gm mentega
100 gm gula castor
120 gm coklat masakan
2 biji telur saiz A
150 gm tepung naik sendiri
80ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu kecil ovalette


 
Cara membuatnya:

Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Sejukkan.
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanila.
Masukkan pula susu diselangi tepung ke dalam adunan, kacau lagi hingga adunan sebati.
Asingkan sedikit adunan, dan masukkan coklat cair. Kacau sebati.
Tuang adunan secara berselang seli untuk mendapatkan bentuk marble...bakar selama 45 minit dengan suhu 170 c.


Selamat mencuba.....



 


0 comments on "Kek Marble"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ria Gallery Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal