Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah beri kepada kita untuk kita menikmatinya...Janganlah pula kita lalai menikmatinya..hingga kita terlupa padaNya.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila sms atau telefon ke 013 9209300



Ahad, 10 Oktober 2010

Puding Roti

Posted by ct.smile at 5:54 PTG


Puding ni untuk jamuan makan petang. Sedap makan time sejukkk....cara nak buatnye pun senang jer..sapa-sapa yang berminat nak cuba buat sendiri puding ni boleh rujuk resipi.. resipi ni saya dapat dari seorang teman lama..


 
Bahan-bahan:

8 keping roti
2 biji telur saiz A
6 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1 tin buah peach
1 sudu teh esen vanila


Cara membuatnya:

Masak gula hingga cair dan biarkan.
Dalam bekas lain masukkan susu cair, air buah peach, kacau sebati. Kemudian masukkan roti yang telah dipotong kecil, biarkan hingga roti kembang dan sebati.
Pukul telur bersama gula, kemudian masukkan esen vanila dan tepung kastad.
Masukkan telur tadi ke dalam bekas yang berisi roti, kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.





0 comments on "Puding Roti"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ria Gallery Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal