Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah beri kepada kita untuk kita menikmatinya...Janganlah pula kita lalai menikmatinya..hingga kita terlupa padaNya.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila sms atau telefon ke 013 9209300



Ahad, 24 April 2011

Sekaya Labu

Posted by ct.smile at 8:48 PG

Resipi ni agak istimewa untuk Sue...sebab ia mengingatkan Sue pada arwah bonda tercinta yang telah meninggalkan daku lebih kurang 5 bulan yang lalu....Kueh ni pertama kali buat dengan arwah bonda...masa tu kami memang tak tau camana nak buat kueh ni...tp, buat-buat pandai jer...sedap...cuma tak sempat nk sejukkan ..sebab excited nak rasa...! hehe..kelakar gak r..sebab masa panas, kueh
 ni agak lembik..hancur...!

Sesiapa nak cuba pencuci mulut yang sedap ni boleh la...jenguk resipi kat bawah ni.


Bahan-bahan:

1 biji labu (lebih kurang 1 kilo)
3 biji telur
37 gm gula
37 gm gula melaka
100 ml santan pekat
1/2 sudu kecil esen vanila
1 helai daun pandan

Cara membuatnya:

Terlebih dahulu cuci labu dan tebukkan sedikit permukaan atas labu.
Keluarkan bijinya.
Telur dicampurkan dengan gula dan gula melaka, dan dikacau hingga gula hancur.
Masukkan santan, esen vanila dan daun pandan. Kacau hingga semuanya sebati.
Masukkan adunan ke dalam labu..dan sedia untuk dikukus.
Kukus dengan api perlahan selama 40-50 minit.
Sejukkan dahulu sekaya labu dalam peti sejuk sebelum makan... 


0 comments on "Sekaya Labu"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ria Gallery Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal